Translation
TERAPI NUR ILAHI
SpiTech Formulation

BAHAN

Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air zam-zam, ianya mengenyangkan & menyembuhkan penyakit”

(HR Bukhari & Muslim)


CIRI-CIRI

1) 100% Air zam-zam Asli (tanpa campuran)

2) Pengisian Energi Ilahiyyah

a. 30 Juzu’ al-Quran

b. Qalb as-Surah (114) al-Quran.

3) Aurad & Ahzab Mu’tabarah.


KHASIAT & PENGGUNAAN

Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda :
"Air Zamzam itu diminum mengikut apa yg diniatkan atau dikehendaki."

(Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar & Muawiyah)

1) Sumber Air Tanah Haram (Mekah) yg Berkat & Mengabulkan Hajat Peminumnya (Dengan izin Allah).

Berkata al-lmam an-Nawawi rh : "Barangsiapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu. Hal ini telah dicuba oleh para ulama & orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia & Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Tahzibul Asma WalLughat 3/139).


2) Membersihkan Hati & Menenangkan Fikiran.

Mata Air Syurga yg terpilih utk menyucikan hati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.


3) Menyembuh & Menyelesaikan Pelbagai Masalah / Penyakit Zahir & Batin.

Sebagai Media Rawatan Penyakit yg digunakan oleh Ibnu Qayyim rh (Zadul Ma'ad 4/718).

"Bahawa Ahmad b. Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dgn niat utk berubat daripada buta. Lalu (dgn izin Allah) beliau sembuh.” Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman b. Abil Khair alFasi. (al-'Aqdus Sameen)

Kaedah : Di minum setiap hari mengikut kaifiyah.

4) Masalah Alahan / Resdung / Hidung Sensitif / Selesema / Penyakit Kulit.

Kaedah : Letakkan air zam-zam di telapak tangan kanan kemudian sedut dgn hidung & di keluarkan semula (seperti wudzu'). Disapu pada bahagian luar bagi masalah kulit.


5) Sesuai untuk Ibu Mengandung & Kegunaan Majlis Bercukur.

6) Penyakit Was-was / Gemuruh / Debaran / Gementar / Lemah Semangat / Migrain / Insomnia (susah tidur) / Demam / Kanak-Kanak Menangis Malam dsb

Kaedah : Minum & membasuh / menyapu kepala sambil membaca Surah an-Naas.


7) Membangkitkan Potensi Pelajar / Menguatkan Ingatan (memori) & Semangat Belajar / Menyihatkan Otak, Mencerdaskan Akal & Menenangkan Jiwa / Mengatasi Mengantuk & Cepat Letih / Anak Nakal (liar)

AI-Jalal as-Suyuti menceritakan tentang dirinya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India & Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yg berikut, antaranya:

  • Agar saya jadi mahir dalam Ilmu Feqah sehingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
  • Dalam Ilmu Hadis sehingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar.

Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta’ala ke atas diri saya, bukannya utk bermegah-megah. Kerana apalah yg ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat & ubanpun mulai subur." (Husnul Muhadharah 1/215 & 2/296).

Kaedah : Di minum setiap pagi / malam / sebelum belajar.

8) Telinga Berdengung / Sakit Mata / Rabun

Kaedah : Titiskan pada tempat yg berkenaan


KAIFIYAH PENGGUNAAN

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang lelaki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam". Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yg sepatutnya?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kpd lbnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah…

1) Mengadap Kiblat

2) Sebutkan Nama Allah

(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)

3) Minum & bernafas diluar gelas kemudian baru di teguk lagi.

4) Ucapkan Alhamdulillah sesudah minum.

Seterusnya digunakan mengikut keperluan alternatif lain samada sapu, titik dsb.


SUMBANGAN

RM 8.00

(250ML)


PERINGATAN : Hati-hati dengan air zamzam tiruan. Ramai yang mengambil kesempatan ke atas umat Islam pada hari ini untuk mengaut keuntungan duniawi mereka.